Selamat Datang

Mengenai Kami

Darul Furqaan Kaherah merupakan sebuah pusat pengurusan dan pentarbiahan Jenerasi Quranic tersendiri yang bekerjasama dengan badan badan pendidikan dalam menyediakan program-program ilmu di peringkat menengah yang berasaskan al quran ,pendidikan Islam dan Bahasa di Mesir . Ianya beroperasi di Kaherah Mesir semenjak Julay 2000 dengan pelbagai penjenamaan .Semasa di bawah seliaan Idarah al-quran wal-qiraat Al-Azhar ( 2002 2005) pusat tersebut masyhur dengan nama Maktab Alsyarq Al-Islami Al-Dauli Litahfizul Quraan Walqiraat kemudian ditukar kepada pangilan Darul Furqaan Kaherah( DFK )sehingga sekarang.

DFK badan yang mengatur dan menyelia pendidikan dan penterbiahan pelajar ,pengawalan selia kehidupan harian dan menyedia makan-minum sepanjang mereka di peringkat menengah di bawah Jawatan kuasa / kaki tangan yang diketua oleh Pengurus DFK dan mereka akan dibebaskan bila secara resminya berada di Universiti Al Azhar .

Semenjak penubuhan DFK di Kaherah , pusat ini telah Berjaya melaksanakan misinya dengan baik sekali .Dalam tempoh 3 tahun pertama ( 2003 ) sehingga sekarang( 2011) DFK dapat mengeluarkan hasil yang disemai dengan jayanya samaada hafazan al quran atau pencapaian akademik yang melayak mereka untuk berada di Universiti Luar negara .Keluaran DFK mencecah ratusan pelajar sama ada yang telah tamat atau yang sedang menyambung pengajian di peringkat BA Al Azhar dan yang sambung pengajian MA di Universiti Cairo ,Al Azhar ,UKM ,UM dan sebagainya.

Dalam proses pengambilan pelajar sebenarnya DFK tidak menawar program ini secara terbuka kepada masyarakat awam kerana objektif DFK ditubuh untuk memberi ruang kepada pelajar Madrasah Alquran swasta yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian di peringkat tinggi sedangkan mereka ini mempuyainya potensi yang mantap jika digilap dan dibentuk.

Terma & Syarat kemasukan pelajar

*lelaki berumur 12 -16 TH
*Telah Khatam al quran
*Mengikuti kursus bahasa di PPIWF Kelantan selama 6 bulan
*Yuran Bulan RM600
*Yuran pendaftaran RM1500
*pengambilan setiap tahun pada bulan Jan


MESJID MUHAMMADI DI KOTA BHARU

.


 

PRODUK1

produk1



Powered By : MazooQ.com© Since 2008