Selamat Datang

Mengenai Kami

Pakej Jaringan Usahawan Muslim diwujudkan oleh Nda Ventures Sdn Bhd dengan tujuan untuk membantu usahawan-usahawan Muslim untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan atau barangan-barangan mereka kepada pengguna-pengguna secara effisyen dengan kos yang rendah dan amat berpatutan.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan promosi, kami juga menyediakan kursus-kursus pendek yang dapat membantu usahawan-usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan mereka kepada tahap yang maksima.

Terma & Syarat

Pakej ini dibuka kepada semua orang-orang Islam khususnya dan juga kepada penganut ugama-ugama lain yang menjual barangan-barangan halal kepada orang-orang islam.


JARINGAN USAHAWAN MUSLIM

Antara kelemahan-kelamahan ketara usahawan-usahawan Muslim di negara ini ialah tidak  mempunyai keupayaan untuk membuat pelan promosi yang berkesan dengan kos yang berada di tangan.Ramai yang berpendapat cuma dengan kos yang besar sahaja yang mampu untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pendapat ini sebenarnya kurang tepat dan tidak boleh digunakan sebagai kayu ukur sebenar untuk memajukan  sesebuah perniagaan.

Tidak boleh dinafikan bahawa kos atau bujet pemasaran memainkan peranan yang penting tetapi apa yang kita ingin tekankan ialah kos bukanlah segala-galanya tetapi apa yang lebih penting ialah pengetahuan atau ilmu perniagaan yang boleh digunakan untuk memajukan perniagaan tersebut dan bagaimana untuk menjalankan kempen promosi yang baik tanpa menggunakan kos yang besar.


APAKAH SAYA BOLEH PEROLEHI DARI JARINGAN USAHAWAN MUSLIM?

1) Kelas usahawan IT & Inggeris secara percuma
2) Laman web perniagaan percuma
3) Peralatan promosi perniagaan yang berdiskaun tinggi
4) Iklan percuma
5) Peluang Perniagaan
6) Dll


KELAS USAHAWAN IT DAN KELAS PENGENDALIAN LAMAN WEB

Dalam kelas ini, seseorang itu akan diberikan latihan atau pendedahan bagaimana untuk membina laman web  perniagaan dan bagaimana untuk mengendalikan laman web tersebut secara percuma dan juga bagaimana untuk menjadikan laman web tersebut sebagai jurujual anda yang paling berkesan.


KELAS ATAU BENGKEL MEMBUAT KERTAS KERJA UNTUK TUJUAN MEMBUAT PINJAMAN ATAU CADANGAN

Jika kita ingin berurusan dengan pihak bank atau bakal rakaniaga kita terutamanya sekiranya kita ingin mendapakan pelaburan atau pinjaman dari mereka, kita perlu meyakinkan mereka dengan kertas kerja yang mantap dan telus.Sekiranya kita gagal berbuat demikian maka berkemungkinan besar kita akan gagal untuk menjadikan harapan kita sebagai realiti.

Satu cara mudah ialah dengan mengupah seorang konsultan untuk mengarang kertas kerja tersebut untuk pihak kita dan ini semestinya akan menelan kos beribu ringgit.Dengan bengkel kami anda akan berupaya untuk membuatnya sendiri disamping mampu menjimatkan kos.


KELAS PERTUTURAN BAHASA INGGERIS UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN

Salah satu kelemahan yang selalu dipandang remeh ialah ketidakupayaan kita untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris walaupun pada tahap yang sederhana atau ringkas.Keadaan ini akan menyebabkan kita akan menjadi gugup apabila berdepan dengan pelanggan-pelanggan berbangsa eropah atau pelanggan-pelanggan yang fasih berbahasa inggeris.

Dengan kelas yang kami adakan anda akan berupaya untuk menggunakan bahasa inggeris yang mudah dan berupaya untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan yang kurang fasih untuk berbahasa melayu.


KELAS PUBLIC SPEAKING UNTUK PERNIAGAAN

Dengan kelas ini anda akan diberikan rahsia-rahsia untuk mengatasi perasaan gugup apabila berdepan dengan puluhan atau ratusan pelanggan-pelanggan apabila anda membuat promosi dengan cara ucapan atau seminar.


BANTUAN KHIDMAT PEMASARAN IT PERCUMA DAN JUGA KHIDMAT NASIHAT PERNIAGAAN YANG LAIN

Setiap ahli jaringan akan diberikan sebuah laman web bisnes percuma selama 12 bulan dan promosi percuma melalui portal mazooq.com dan juga laman web jaringan usahawan muslim kami secara serentak berserta pemasaran secara sms.


APAKAH KOS SAYA DAN APAKAH PAKEJ-PAKEJ LAIN YANG BOLEH SAYA PEROLEHI? BOLEHKAH SAYA JADIKAN JARINGAN INI SEBAGAI PELUANG PERNIAGAAN?

Kos anda cuma RM70 sebulan dan anda berupaya mendapat kebanyakan kelas-kelas latihan di atas secara percuma disamping mendapat laman web bisnes secara percuma selama 12 bulan.Selain daripada itu anda juga akan mendapat diskaun sehingga 50% untuk fasiliti-fasiliti bisnes atau peralatan-peralatan bisnes yang mampu menjana pendapatan lumayan untuk anda dan keluaga anda.

Kami juga akan berusaha untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti suai-kenal yang akan membolehkan peserta-peserta untuk berkenalan di antara satu sama lain disamping memperkenakan perniagaan mereka kepada peserta-peserta yang lain.

Selain daripada itu anda juga boleh menjadikan jaringan ini sebagai satu peluang perniagaan yang membolehkan anda menjana pendapatan sehingga RM200 sehari sebagai reseller kami.Modalnya pula kurang dari RM100.Ingin tahu lebih lanjut tentang peluang ini? Telefon kami pada talian  0122647269 dengan segera.


BAGAIMANA PULA JIKA SAYA HANYA BERMINAT UNTUK LAMAN WEB SAHAJA DAN TIDAK BERMINAT MENGIKUTI KELAS-KELAS TERSEBUT?

Tidak ada masalah.Anda cuma perlu bayar RM70 setahun dan anda masih akan diberikan website selama 12 bulan berserta khidmat pemasaran percuma sambil mendapat peluang untuk mengikuti kelas IT untuk 2 jam secara percuma



Powered By : MazooQ.com© Since 2008