INFORMASI

TERKINI !!! (UPDATE 18/11/2014)

KEADAAN & CUACA DI CAMERON HIGHLANDS AGAK BAIK. INSYAALLAH IA TIDAK AKAN MENJEJASKAN AKTIVITI ANDA SEMASA DI SANA.


Terma & Syarat

Kaedah pembayaran dan pendaftaran:

- Deposit tempahan RM50.00 dikenakan bagi setiap tempahan yang dibuat. Sila simpan resit sebagai rujukan.

- Bayaran penuh perlu dibuat semasa "Check In".

- Deposit akan dipulangkan semasa "Check Out".

- Semua bayaran hendaklah dimasukkan ke akaun;
. FAJAR OBJEKTIF SDN. BHD.
. CIMB : 86-0056112-5



Go Up

MASJID ABU BAKAR

Masjid Ini Terletak Hanya 300m Dari Hotel Membolehkan Anda Berjalan Kaki Untuk Pergi Mengerjakan Solat Fardhu Atau Solat Jumaat. Selain Itu Pelbagai Aktiviti Keagamaan Juga Boleh Dilakukan Di Sini Seperti Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat, Qiamullail Dan Sebagainya.


Go Up

TAMAN AGRO TEKNOLOGI, MARDI

Terletak 700m Dari Hotel. Terdapat Banyak Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Taman Ini Seperti Ladang Strawberry, Ladang Teh, Kilang Teh, Petak Fertigasi, Jualan Bunga Dan Cenderamata. Harga Ditawarkan Agak Berpatutan Dan Harga Adalah Tetap Sepanjang Musim.


Go Up

HOSPITAL SULTANAH HAJJAH KALSOM

Hospital Ini Dibina Bagi Menggantikan Klinik Kesihatan Cameron Highlands Yang Terletak Di Tengah-tengah Kawasan Pekan Tanah Rata. Ia Menyediakan Kemudahan 76 Buah Katil Bagi Rakyat Di Daerah Cameron Highlands. Ia Turut Menyediakan Perkhidmatan Pesakit Luar, Kemudahan Wad, Dewan Bedah Dan Perkhidmatan Fisioterapi Juga Turut Disediakan Di Sini. Jaraknya 1 Km Dari Hotel.


Go Up

TERMINAL BAS FREESIA

Terminal Ini Merupakan Hentian Utama Bas-bas Dari Pelbagai Destinasi Terutamanya Dari Kuala Lumpur Dan Ipoh. Anda Boleh Datang Ke Tanah Rata Dengan Menaiki Bas Dan Turun Di Sini Kerana Jaraknya Dengan Hotel Hanya 300m.


Go Up

PEKAN TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS

Pekan Yang Menyediakan Pelbagai Jenis Kemudahan Yang Anda Perlukan. Hanya 300m Dari Hotel.


Go Up

BANK-BANK DI TANAH RATA

Terdapat Beberapa Cawangan Bank Yang Dapat Anda Berurusan Semasa Berada Di Tanah Rata Seperti CIMB Bank, Maybank, Agro Bank Dan Beberapa Lagi.


Go Up

PASAR MALAM, BRINCHANG

Pasar Malam Yang Mesti Dilawati Oleh Setiap Pengunjung Yang Datang Ke Cameron Highlands. Pelbagai Barangan Dijual Di Sini. Anda Pasti Teruja Dengan Apa Yang Ada Di Sini. Ia Beroperasi Setiap Hujung Minggu, Hari Cuti Umum Dan Akan Dibuka Setiap Hari Pada Musim Cuti Sekolah. Mengambil Masa 15minit Untuk Sampai Di Sana.


Go Up

PEJABAT POS TANAH RATA

Memudahkan Anda Yang Ingin Mengepos Surat/barang, Memperbaharui Cukai Jalan Dan Lesen Memandu, Membayar Bil-bil Dan Lain-lain Urusan Yang Berkaitan. Jaraknya Hanya 300m Dari Hotel.


Go Up

BHARAT PLANTATIONS - CAMERON VALLEY

Salah Satu Tempat Tumpuan Pengunjung Di Cameron Highlands. Anda Boleh Melihat Pemandangan Ladang Teh Yang Terbentang Luas Sambil Menikmati Keenakan Teh Yang Sebenar. Terdapat Juga Kedai Yang Menjual Pelbagai Jenis Teh Dengan Pelbagai Jenis Perisa. Jaraknya 5km Dari Hotel.


Go Up

ROYAL LILY APARTMENT (MUSLIM SAHAJA)

Bagi Sesiapa Yang Berminat Untuk Tinggal Lebih Selesa Disamping Ingin Memasak Makanan Kegemaran Anda Lebih-lebih Lagi Sayur-sayuran Segar Di Cameron Highlands, Bolehlah Menyewa Di Salah Satu Apartment Yang Dikendalikan Oleh Pihak Hotel. Mempunyai 3 Bilik Tidur Dan 1 Bilik Air Di Mana Apartment Ini Dilengkapi Sofa, TV (Astro), Dapur Serta Peralatan Memasak. Kadar Sewa Yang Ditawarkan Cukup Menarik. Hanya 800m Dari Hotel. Namun Apartment Ini Hanya Untuk Pengunjung Muslim Sahaja.


Go Up

AL-RAUDAH ARABIAN FOOD

Menyediakan Pelbagai Jenis Masakan Arab Yang Cukup Menyelerakan. Pertama Di Cameron Highlands. Beroperasi Di Madani Hotel Cameron Highlands. Juga Menyediakan Makanan Lain Seperti Nasi Ayam, Steamboat Dll.


Go Up

LAVENDER GARDEN

Salah Satu Daya Tarikan Baru Di Cameron Highlands Yang Terletak Di Tringkap. Ia Merupakan Sebuah Taman Bunga, Dengan Lanskap Yang Sangat Menarik Dan Kreatif.



Powered By : MazooQ.com© Since 2008