MOTIVASI,

RAWATAN MINDA, TUBUH DAN ROHANI

" /> ShamWellness :: Selamat Datang

69 Jalan Permas 7, Taman Permas Jaya, 81750 Plentong, JOHOR BAHRU.,
Johor,Malaysia
Tel:019-7746052
Fax:
E-mel: shamwellness1@yahoo.com

LATARBELAKANG SYARIKAT

MOTIVASI, MENGESAN DAN MERAWAT MASALAH MINDA TUBUH DAN ROHANI

ShamWellness, Syarikat yang diasaskan oleh Encik Mohamed Sham bin Hj. Md. Hamzah, Seorang bekas kakitangan Kerajaan Negeri Johor, beliau telah berkhidmat pada tahun 1980 melebihi 15 tahun. Pada tahun 1995 beliau disahkan menghadapi beberapa penyakit yang agak kronik seperti yang diramalkan iaitu: Sakit Jantung, Paru-paru Berair, Insomnia, Darah Rendah, Hypertensi serta Penyakit Misteri, beliau sering pengsan. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari perkhidmatan pada tahun 1995.

Beliau telah mendalami Ilmu Tabib Cina Seperti Akupunture, Bekam dan juga Herba, Ilmu Tenaga Dalam, Ilmu Methaphysik, Hipnosis, Tarekat Dan Mengkaji Kekuatan Tenaga atau Gelombang Tubuh, Alam Dan Minda bertujuan untuk penyembuhan diri dan pada Tahun 2006 diizinkan Tuhan beliau telah Sembuh.

Sehingga kini Kaedah dan Terapi ciptaan beliau iaitu dengan Mengaktifkan Tenaga Tubuh menggunakan gelombang diri kebanyakkan penyakit boleh sembuh “Tubuh Mampu Menyembuhkan Diri “. Ramai Pesakit Gaout, Astma, Darah Tinggi, Kencing Manis malahan Kanser telah sembuh dengan sempurna.

Tidak hairanlah Program beliau mendapat sambutan hangat dan luarbiasa, mendapat sokongan dan penghargaan dari Kerajaan, Swasta, Pertubuhan malah Masyarakat Awam. Beliau sering diundang untuk Berkongsi Dan Memberi Taklimat Kesihatan Juga Merawat Kakitangan Yang Mengalami Masalah Minda, Tubuh serta Rohani. Beliau Tidak Jemu Meluangkan Masa Dan Memberi Pendedahan dalam Ceramah, Taklimat, Kursus bukan sahaja diNegeri Johor, Melaka, Kelantan malah diluar Malaysia.

Antara Program yang dilahirkan ialah:“Minda Sihat Tubuh Sihat”, “Sihat Sepanjang Hayat“, "Mengesan, Merawat & Mencegah Penyakit Minda, Tubuh Dan Rohani", "Teknik Bebaskan Emosi", "Sembuh Kanser dengan makanan Semulajadi","Rahsia Panjang Usia", "Mengenal Dan Merasa Gelombang Tubuh" “Hipnosis Diri untuk Kejayaan” Telah Membuka Mata Dunia Perubatan Modern. Teknik Serta Terapi beliau sedang dibukukan untuk Kepentingan Masyarakat Hari Ini Dan Genarasi yang Akan Datang.

-

-


Products/Services


RAWATAN MINDA

Apa yang kita lalui semasa hidup hingga ke saat ini, segala peristiwa atau Insiden seperti Suka Duka, Pahit Manis, Hitam Putih Warna Warni akan tersemat dalam fikiran hinggalah ke akhir hayat. Peristiwa suka, apabila kita mengingatinya, melihat, mendengar atau bau sesuatu yang menghubungkan peristiwa suka yang dahulu akan menyebabkan secara sepontan akan tersenyum seolah merasa peristiwa suka itu baru sahaja berlaku, serupa dengan peristiwa Tragis, Sedih, Pahit apabila teringat kembali akan menyebabkan terasa kesakitan dibeberapa tempat dalam tubuh, ketidakselesaan ini akan menganggu kehidupan sekarang dan menjadi masalah.
Kita sering terperangkap dengan emosi dan halusinasi hingga menyebabkan sikap negatif tersebut menjadi amat kuat yang akan berakhir dengan kegagalan dalam kerjaya dan kehidupan. Bayangan ketakutan, keseronokkan semuanya adalah pada Minda kita sahaja. Rawatan hari ini menggunakan pill penenang dan amat malang sekali rawatan ini bersifat sementara kerana emosi takut dan yang negatif masih ada lagi.
Teknik Bebaskan Emosi atau TBE ini adalah gabungan dari kaedah Rawatan Perubatan Islam Ibnu Sina, Rawatan Cina Kuno yang saya pelajari, dan juga Rawatan Perubatan Modern. Ia selamat digunakan, tanpa menggunakan peralatan dan ubatan, hanya teknik bagaimana mengaktifkan kimia yang sedia ada didalam tubuh untuk tujuan penyembuhan masalah atau ganguan minda. Peratus penyembuhan pula ialah antara 80 hingga 95%, ada juga yang pulih 100% dalam masa 10 minit sahaja.


RAWATAN TUBUH

Hari ini semakin banyak pusat Rawatan dibina, semakin banyaklah pula pesakit dan juga penyakit, Semakin canggih teknologi ini semakin canggih juga penyakit hinggakan sudah tidak ada jalan penyelesaiannya seperti kanser darah, tulang, payu dara, prostat, lidah, usus, hati yang meragut nyawa manusia tidak kira usia, Tubuh ciptaan Tuhan yang sepatutnya kebal dan mampu memulihkan diri sudah tidak berupaya untuk mengeluarkan bahan toksik dan toksin dari tubuh.

Pesakit akan disyorkan beberapa perkara seperti memakan makanan Ajaib yang dapat mengeluarkan toksik serta membunuh sel yang tidak normal, Teknik senaman luarbiasa, Teknik Pernafasan yang dapat membantu mengeluarkan penyakit.

Hasil kajian keatas pesakit-pesakit setelah menggunakan teknik kami iaitu dengan meningkatkan sistem daya tahan tubuh, teknik yang mudah, semulajadi, cepat dan selamat tanpa menggunakan bahan kimia yang mampu merangsang tubuh menangani kebanyakkan masalah penyakit yang berbentuk fizikal atau tubuh


RAWATAN ROHANI

Setiap benda mempunyai gelombang dan tenaga, kerana setiap sesuatu itu terjadi daripada atom, molekulnya bergerak berlawanan jam mengeluarkan tenaga dan gelombang, bunyian, bauan, warna malah fikiran juga mengeluarkan gelombang yang berbeza semasa jaga dan tidur seperti alpha, beta, delta dan sebagainya.


Tubuh mempunyai gelombang elektrik dan tersimpan didalam setiap satu sel tubuh. Kita hanya menggunakan beberapa peratus sahaja kekuatan tenaga elektrik ini. Dengan mengaktifkan dan membesarkan gelombang elektrik tubuh Perawat (menggunakan beberapa teknik tertentu) didapati mereka (pesakit) yang mempunyai masalah penyakit, organ tubuh yang bermasalah maka gelombang elektrik mereka juga lemah. Tandanya mereka akan merasa getaran, rasa panas atau sejuk, rasa loya dan bermacam lagi tindakbalas pada tubuh mereka. Mereka yang mempunyai tenaga yang kotor (ganguan makhluk halus) juga dapat dikesan.Kaedah rawatan masalah Rohani ini juga menggunakan kaedah semulajadi dimana mereka akan diajar untuk menguatkan kerohanian, pernafasan, senaman, mandian dan bermacam lagi kaedah mengikut kesesuaian pesakit.



Dijana oleh : MazooQ.com© Since 2008